• Netizen menyamakan jaket koleksi terbaharu Musim Bunga itu dengan baju yang dipakai Kim Jong-II.
  • Jaket tersebut direka pereka Perancis, Christophe Lemaire.
  • Military Jacket itu dijual pada RM258 sehelai.

Jenama fesyen Jepun, Uniqlo menerima kritikan netizen terhadap koleksi Milatary Jacket terbaharu yang boleh didapati di Uniqlo Jepun.

Jaket khaki tersebut menampilkan rekaan empat poket di hadapan. Beberapa pengguna media sosial mendakwa rekaan jaket itu menyamai pakaian rasmi diktator Korea Utara, Kim Jong-II.

Wakil Uniqlo dalam satu temubual bersama akhbar South China Morning Post menjelaskan apa yang berlaku seperti yang didakwa netizen hanya kebetulan dan Uniqlo tidak pernah sesekali terfikir tentang perkara itu (pakaian Kim Jong-II) ketika mereka jaket tersebut.

‘Kontroversi’ melibatkan jenama terkemuka seperti Uniqlo bukanlah perkara baru. Awal Februari lalu, Gucci menarik semula koleksi baju sejuk Balaclava selepas dituduh peminat sebagai rekaan berbaur perkauman. – South China Morning Post

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here