• Sebelum penjenamaan semula, dikenali sebagai Heritage Hotel Ipoh.
  • Hotel Kelas Pertengahan tawar harga berpatutan.
  • Bakal buka 15 hotel lagi di Malaysia menjelang 2025.

Travelodge Hotels Asia (TLA), iaitu salah satu syarikat hotel yang berkembang paling pesat di Asia, terus melebarkan sayap di Malaysia dengan melancarkan hotel keempatnya, Travelodge Ipoh.

Ipoh yang merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia semakin mendapat tempat dalam hati pelancong domestik dan antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai destinasi pelancongan, disebabkan pelbagai faktor termasuk warisan kolonial dan budaya yang kaya, pelbagai tarikan semula jadi dalam Ipoh dan kawasan di sekitarnya, serta akses mudah melalui lapangan terbang antarabangsa tersendiri.

Malah, industri pelancongan bandar ini dijangka akan terus meningkat seiring usaha pentadbiran Perak melancarkan pelbagai inisiatif di bawah kempen ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’.

“Kami teruja menyambut tahun 2020 dengan pembukaan hotel Travelodge keempat di Malaysia. Perkembangan kami ke Ipoh didorong keyakinan terhadap prospek pertumbuhan Ipoh, yang dijangka akan menjadi antara destinasi utama di Malaysia dalam beberapa tahun bakal datang,” kata Pengarah Urusan Travelodge Hotels Asia, Encik Marcus Aw.

PENUHI KEPERLUAN PENGEMBARA

“Sejajar usaha agresif kerajaan untuk merangsang pelancongan Malaysia dan menarik 30 juta pengunjung antarabangsa, kami yakin wujudnya ruang pertumbuhan sangat besar khususnya untuk jenama hotel kelas pertengahan global yang dapat memenuhi keperluan pelancong yang mementingkan harga murah. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan jenama Travelogue kepada bandar-bandar lain seperti Kota Kinabalu, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan membina portfolio kami selari dengan sasaran kami untuk membuka 15 hotel di Malaysia menjelang tahun 2025.”

Travelodge Ipoh terletak berhampiran zon perniagaan dan beberapa tarikan pelancongan terkenal di Ipoh, misalnya Concubine Lane, Mural Art Lane, Tokong Perak Tong, Kellie’s Castle dan Gua Tempurung. Ia menawarkan 268 bilik yang telah diperbaharui dalam lima kategori, iaitu Superior, Deluxe, Premier, Family Deluxe dan Family Suite, bagi memenuhi keperluan pengunjung yang datang baik untuk tujuan perniagaan mahupun percutian.

Selain itu, hotel ini menawarkan 2 bilik mesyuarat, 3 dewan tari-menari, serta sebuah dewan tari-menari besar, sekaligus menjadikannya lokasi ideal untuk mesyuarat, insentif, persidangan, dan pameran (MICE).

Pelbagai fasiliti lain ditawarkan termasuk WiFi berkelajuan tinggi, TV satelit, laundromat layan diri, gimnasium, kawasan permainan kanak-kanak, serta The Lodge yang berfungsi sebagai ruang komunal multi fungsi dan ruang makan, untuk memberikan pengalaman Travelodge Ipoh yang menjanjikan keselesaan, kemudahan dan ketersambungan.

Menerusi pembukaan hotel keempatnya dalam tempoh kurang daripada 18 bulan, TLA menegaskan komitmen dan keyakinannya terhadap pasaran hotel di Malaysia. Pembukaan Travelodge Bukit Bintang pada tahun 2018 telah diikuti dengan pembukaan tiga lagi hotel masing-masing di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh, iaitu Travelodge City Centre, Travelodge Georgetown dan Travelodge Ipoh terbaharu.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here