• Proses legalisasi kanabis atau ganja untuk kegunaan perubatan di Thailand telah dibenarkan awal tahun ini.
  • Penganjur festival, The Association of Researchers of Thailand (ART) menjelaskan ia bertujuan memberi kefahaman kepada orang ramai tentang ganja dan statusnya daripada segi perundangan.
  • Bakal dianjurkan pada awal tahun 2020.

Thailand memandang serius potensi kanabis yang mungkin dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Penasihat Kehormat festival tersebut, Jeneral Charan Kullawanit dalam satu sidang media pada 12 oktober lalu berkata festival itu bakal dianjurkan buat kali pertama di Thailand.

Menurut beliau, festival tersebut bakal menjadi platform buat mereka yang terlibat untuk bertukar-tukar pengetahuan tentang kanabis untuk kegunaan dalam perubatan.

“Kami adalah Tuan Rumah. Kami akan menjemput negara-negara seperti China, Jepun dan Amerika yang sebelum ini pernah menentang idea ini (legalisasi kanabis).

“Kami akan menjemput mereka supaya kita dapat mendengar hujah-hujah dan pembentangan mereka daripada sudut akedemik. Daripada situ, kita akan melihat bagaimana acara sebegini dapat menyumbang kepada komuniti global,” ujar Kullawanit.

The World Ganja Festival 2020 bakal menawarkan rangkuman aktiviti seperti seminar akademik, teknologi inovasi dan rundingan perniagaan. Di samping itu, festival muzik turut diadakan sepanjang acara berlangsung.

Sumber: http://www.chiangraitimes.com

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here