• Peminat setia boleh memilikinya melalui kempen eksklusif yang menawarkan hadiah bernilai RM1,155.
  • Berpeluang mendapat hadiah istimewa seperti pengecas Huawei Wireless In-car SuperCharge, DJI Osmo Mobile 3, casing belakang Huawei dan pakej penjagaan Huawei.
Oleh: Harun Khalid

Berita baik buat semua peminat telefon pintar jenama Huawei. Sejak pertama kali dilancarkan di Munich, Jerman, dua model telefon pintar Super Flagship Huawei Mate 30 Series kini berada di Malaysia. Huawei Mate 30 Pro (8GB + 256GB) sudah tersedia secara eksklusif untuk pengguna setia yang memiliki peranti Mate Series menerusi satu kempen pemilikan eksklusif yang bermula jam 2 petang pada 3 Oktober 2019.

Kemunculan telefon pintar Super Flagship ini seolah-olah menetapkan piawaian baharu kepada pengguna di negara ini, khususnya dari segi rekabentuk yang estetik sehingga kepada aspek kejuruteraan perkakasan dan inovasi perisian. Lebih menarik, harga peranti-peranti itu bermula dari RM2,799 untuk model Huawei Mate 30 (8GB + 128GB), sementara dari RM3,899 untuk model Huawei Mate 30 Pro (8GB + 256GB).

Penulis mencuba flagship terbaharu Mate 30 Pro.

Melalui kempen pemilikan eksklusif anjuran Huawei ini, pengguna setia Mate Series yang ingin memiliki Mate 30 Pro baharu boleh menikmati hadiah istimewa bernilai RM1,155. Ini termasuk pengecas Huawei Wireless In-car SuperCharge (RM289), DJI Osmo Mobile 3 (RM499), casing belakang Huawei (RM68) dan pakej penjagaan Huawei (RM299) dengan 1 tahun jaminan lanjutan dan 6 bulan jaminan skrin retak.

Menurut Timbalan Pengarah Negara, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Matthew Ng, pihaknya komited untuk menyediakan suatu pengalaman yang holistik dan istimewa kepada pengguna setia Mate Series menerusi kempen pemilikan eksklusif ini. Jadi pengguna dapat memiliki Mate 30 Pro lebih dahulu dan dapat menikmati hadiah menarik. Malah, ini adalah lanjutan penghargaan Huawei kepada pengguna.

Pengguna yang memiliki dua peranti Mate Series juga layak untuk mendapat kelebihan daripada kempen pemilikan eksklusif ini yang bermula dari 3 Oktober 2019, sekiranya mereka ingin memiliki Mate 30 Pro. Sehubungan itu, pengguna Mate Series boleh mengakses tutorial langkah demi langkah untuk menyemak sama ada mereka layak untuk memiliki peranti Mate 30 Pro di: http://www.mate30proeoc.3ex.com.my

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here