#1 MUZIUM PERISIK ANTARABANGSA

Lokasi: Washington, Amerika – Dibuka 13 tahun lalu, International Spy Museum mempamerkan koleksi artifak dan aksesori sebenar oleh seseorang agen perisikan dalam tugasan rutin mereka. Malah, kisah hidup mereka yang bekerja sebagai perisik turut dipaparkan. Jika anda ‘hantu’ filem-filem James Bond, muzium ini wajib anda kunjungi apabila berada di Washington.

#2 MUSEUM OF MEDIEVAL TORTURE INSTRUMENTS

Lokasi: Prague, Republik Czech – Nama muzium ini jelas menunjukkan maksud apa yang dipamerkan di dalamnya tanpa berselindung iaitu alat-alat yang digunakan untuk menyiksa manusia sewaktu Zaman Pertengahan. Jika anda rasa Gilotin itu cukup kejam, anda sebenarnya belum melihat yang lebih dasyat lagi. Antara peralatan kejam yang dipamerkan adalah alat menggerudi kepala, gergaji tubuh dan kerusi yang dipenuhi paku-paku tajam. Sangat tidak berperikemanusiaan!

#3 MUZIUM MUMIA


Lokasi Guanajuato, Mexico –Kalau anda seorang yang penakut, mungkin boleh lupakan hasrat untuk melihat koleksi dalam muzium ini. Sebabnya, ruang pameran di sini menempatkan koleksi mayat-mayat yang diawet (mumia) dalam pelbagai rupa bentuk dan ekspresi wajah yang menakutkan. Boleh tidak tidur malam dibuatnya. Siapa yang jadi kurator jaga muzium ini aku memang respek!

#4 MUZIUM PENIS HAIWAN MAMALIA

Lokasi: Reykjavik, Iceland –Buat korang yang secara tiba-tiba berminat nak mengkaji tentang penis haiwan, inilah tempatnya. Muzium Penis Haiwan di Iceland ini menempatkan lebih 200 penis dan bahagian-bahagian bersangkutan dengan penis milik haiwan mamalia di darat ataupun lautan di Iceland. Antara haiwan-haiwan yang menjadi ‘mangsa’ yang diambil mereka penis untuk pameran adalah ikan paus, beruang polar dan singa laut.

#5 MUZIUM JAMBAN ANTARABANGSA SULABH

Lokasi: New Delhi, India –Sesetengah orang, agak sukar untuk menjangka minat mereka. Ada yang suka mengkaji organ dalaman manusia, sesetengah yang lain pula suka melihat benda pelik seperti jamban antik. Jika anda tergolong dalam kelompok kedua, bolehlah singgah ke Muzium Jamban Antarabangsa Sulabh di New Delhi. Muzium ini memaparkan koleksi jamban yang berusia lebih 4,500 tahun dahulu hinggalah kepada jamban dengan reka bentuk mewah ala Victoria. Malah, jamban berbentuk bekas meletak buku pun ada. Memang jamban betullah muzium ni!

#6 MUZIUM HUBUNGAN CINTA TERPUTUS

Lokasi: Zagreb, Crotia

Buat mereka yang tengah hangat bercinta, aku tak sarankan singgah ke muzium ni. Tak pasal-pasal je nanti. Museum of Broken Relationship menampilkan koleksi barangan peribadi milik individu yang ‘frust menonggeng’ akibat gagal dalam percintaan. Bagi pasangan yang baru putus cinta, kamu digalakkan oleh Pengurusan Muzium untuk menyumbang apa sahaja koleksi kenangan bersama bekas pasangan untuk dipamerkan di sini. Senang cerita, barang-barang dipamerkan di sini adalah barang sebenar milik mereka yang putus cinta! Antaranya seperti album bersama pasangan, surat-surat cinta, teddy bear, telefon bimbit dan pakaian yang mempunyai ‘sentimental value’ kepada pasangan lelaki atau wanita yang mendermakannya akibat hubungan tidak berpanjangan.


Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here