Taj Mahal merupakan destinasi ikonik India yang tidak putus-putus dikunjungi pengunjung saban hari. Terlalu popular – sehingga memaksa pihak pengurusan menetapkan beberapa peraturan baharu bagi mengawal kesesakan yang berlaku di lokasi tumpuan tersebut.

Jika sebelum ini bayaran masuk dinaikkan, pengurusan Taj Mahal kini mengambil langkah lebih proaktif – dengan membukan Taj Mahal pada waktu malam bagi memberi lebih pilihan kepada pelancong untuk menyusun jadual perjalanan ke sini.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Pelancongan Agra kepada agensi berita CNN, Taj Mahal akan dibuka pada setiap waktu bulan penuh (kecuali Ramadan), di samping dua malam lagi sewaktu berakhirnya bulan penuh – menjadikan keseluruhan lima malam setiap bulan.

Sebelum ini, Taj Mahal dibuka pada waktu matahari terbit sehingga matahari terbenam setiap hari (kecuali Jumaat).

Perubahan baharu ini membolehkan pengunjung menikmati pemandangan unik Taj Mahal – disirami cahaya bulan penuh yang memberikan refleksi warna menarik pada sebelah luar permukaan dinding marmar putih bangunan ini.

Dibina atas arahan Maharaja Mughal Shah Jahan pada kurun ke-17, Taj Mahal disenaraikan sebagai antara Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983.

Sumber: CNN

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here