Foto: St Regis Langkawi

Resort mewah St Regis yang terletak di Pulau Langkawi baru-baru ini melantik Mandy Goh sebagai Cef Eksekutif baharu – wanita pertama yang memegang jawatan di resort tersebut.  

Mandy Goh yang dibesarkan di Pulau Pinang bukan sahaja menjadi cef kesukaan ramai. Malah, beliau telah memenangi beberapa anugerah kulinari berprestij. Sebelum ini, Mandy bertugas sebagai “Chef de-cuisine” di restoran grill bertaraf Michelin iaitu Shanghai Fifty 8°, restoran The Manor St Regis dan Guy Savoy.

Untuk tugas baharu beliau, Mandy akan mengawasi operasi brasserie L’Orangerie, restoran atas air Kayuputi dan Gourmand Deli. Beliau akan menghasilkan pelbagai menu baharu yang inovatif untuk setiap restoran, dengan memfokuskan kepada persembahan sajian dan ramuan yang berkualiti.

Resort St Regis Langkawi menawarkan 85 suite mewah dan empat villa persendirian atas air dengan gabungan pengaruh seni bina Eropah, Timur Tengah dan Asia. Resort ini memberikan pemandangan terbuka lautan yang indah, matahari terbenam dan hutan hujan tropika.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here