Perkembangan pantas dunia teknologi memudahkan kita melakukan pelbagai aktiviti termasuklah mengembara.

Masalah utama ketika mengembara ialah memikirkan bagaimana untuk menguruskan pakaian kotor yang dipikul di dalam beg sepanjang perjalanan. Hendak hantar dobi, guna duit lagi dan kena menunggu pula.

Kini tidak perlu risau, dengan adanya Scrubba Wash Bag, anda hanya perlu membawa sabun baju sahaja. Tidak kiralah anda mengembara ke serata dunia dari bandar hingga ke hutan, anda hanya perlu membawa Scrubba Wash Bag ini sahaja dengan anda. Ianya dilengkapi dengan papan pencuci yang fleksibel, ringan serta bersaiz poket jika dilipat. 

Anda boleh membasuh pakaian kotor di mana-mana sahaja tanpa menggunakan elektrik. Dengan hanya dua hingga empat liter air dan sedikit sabun pencuci pakaian, anda perlu mengosok pakaian anda dan ianya akan bersih lebih kurang masa 3 minit. Bersih seperti menggunakan mesin basuh.  

Scrubba Wash Bag diperbuat daripada kain jenis microbial dan hidrolisis iaitu tahan polyether TPU dengan tetingkap lutsinar untuk melihat kain basuhan dan isian air. Ia mudah digunakan dan dilipat semula untuk disimpan di dalam beg.


Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here