Teks & Foto: Azeman Said

Pernah dengar nama Pulau Songsong? Aku pun tak pernah. Terletak di Yan, Kedah katanya. Aku anak jati Kedah tapi tak pernah dengar pun nama Pulau ni, sehinggalah baru-baru ni terserempak dengan nama Pulau ini.

Menarik dan tertarik maka terus organise trip. Kalau dari Kampung aku di Jitra dekat jer sebenarnya, hanya lebih kurang 45 minit dah boleh sampai ke jeti Sungai Udang, Yan untuk ambil bot ke Pulau.

Oleh kerana lokasi yang dekat, terus terjah ke sana untuk satu malam. Seronok dapat berkumpul di Pulau ramai-ramai. Berbaloi untuk buat satu trip ringkas ke Pulau ini. Tapi nak cadangkan jangan datang ke Pulau ni kecuali jika maklum dengan 6 perkara di bawah.

  1. Kalau nak cari Pulau yang dekat dan mudah perjalanan silakan ke sini, 15 minit dalam bot dah sampai. Kalau nak experience naik bot nelayan, tapi tak nak duduk lama lama dalam bot tu, takut sakit pinggang bagai, bolehlah cuba ke Pulau Songsong.

  2. Kalau nak bagi budak-budak naik bot tapi takut dia orang bosan lama sangat dalam bot tu bolehlah panjat bot ke Pulau Songsong. Tapi kalau nak duduk atas bot merenung masa depan sambil memandang ke bucu langit, tak payah berangan! tak sempat!

  3. Kalau nak cepat sampai ke pantai untuk jalan jalan in private tanpa perlu bersesak dengan orang lain, bolehlah ke sini, not so crowded kata orang. Tapi kalau nak berangan dan bergambar macam kat Kepulauan Maldives tak payah!.Pulau ni ok lah cantiknya, tapi bukan tahap Maldives. Kalau nak posing dengan sepenuh hati silakan, asalkan jangan merungut, tak Insta-worthy kononnya. Simpan sikit berangan tu.

  4. Kalau nak buat hal sendiri tanpa terlalu self-conscious sesuai ke sini. Nak BBQ? Nak tidur tepi pantai? Nak pacak khemah? Nak bising? Nak memekak sepanjang hari? Nak buka baju? Ikutlah selera masing-masing. Sini bebas tak ada protokol sangat, asalkan ingat diri. Jangan perasan awak tu Mat Salleh dan berasmaradana kat sini dan bikin wayang jijik sudah. Nak snorkelling pun boleh. Ada kawasan coral yang decent kat sini. Bolehlah untuk dapat feeling kat Pulau tu.

  5. Kalau nak kejutan dan try sesuatu yang berbeza boleh cuba Pulau ni. Mandi air telaga mungkin? Kat Pulau Songsong ada dua telaga, boleh cuba mandi tapi hati-hati. Kawasan telaga licin dan telaga tu dalam. Kalau jatuh memang akan banyak drama. Telaga tu memang seram sikit. Ular pun ada. Kemudahan asas di sini memang ‘asas’. Boleh lah untuk basuh kencing berak, tak ada masalah tentang bab tu. Ada surau yang besar jugak. Tempat mandi kena pandai pandai adjust, samada kat telaga atau mandi air masin kat bilik mandi.

  6. Kalau nak shopping macam kat Pulau Langkawi, hang patah balik! Sini bukan tempat shopping bagai. Kedai tak ada. Warung tak ada. Chalet tak ada. Semua benda macam tu tak ada. Harapnya benda-benda tu semua terus tak ada. Menyusahkan dan merosakkan semua tu.

Dan jangan merungut tak ada Starbucks bagai. Jangan ke sini kalau perasan urban dan kuat merungut tentang nak selesa, nak urban dan class kononnya. Kau mereputlah kat KL tu dan berkubanglah dalam rumah sendiri atau kat shopping complex tu kalau nak selesa.

Penulis (depan, kiri) di Pulau Songsong.

Pulau Songsong lokasi yang menarik atas sebab-sebab diatas, terutamanya mudah untuk pergi dan balik. Juga, ia belum tercemar sama ada alam sekitarnya atau aspek komersil berlebihan pelancongan. Pulau Songsong sesuai kalau tiba-tiba terasa nak ke Pulau dan mandi laut, terdesak untuk last minute trip yang simple, dalam 15 ke 20 minit dah sampai Pulau dan terus santai.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here