• Ernest Zacharevic mula dikenali ramai apabila menghasilkan mural kanak-kanak menaiki basikal dan lukisan-lukisan lain sebagai sebahagian daripada persiapan Festival Georgetown 2012.
  • Mendakwa jalan warisan Armenian Street kini seperti sebuah sarkas.
  • Anggap hasil kerjanya menjadi antara penyebab situasi yang berlaku sekarang.

Dalam posting Instagram beliau bulan lalu, Zacharevic menyalahkan dirinya sendiri berikutan lukisan muralnya yang menyebabkan laluan bersejarah Armenian Street begitu sesak dengan pengunjung.

Sewaktu dia menetap di sana, lokasinya tenang dengan beberapa kedai lama yang menawarkan barangan dan perkhidmatan seperti gunting rambut dengan harga yang sangat rendah.

Kedai baharu yang dirobohkan.

Tambahnya lagi, kini bangunan-bangunan di situ dipenuhi kedai cenderamata dan stor-stor yang ‘mesra instagrammer’ yang dikatakan tiada kaitan langsung dengan pelancongan bersejarah.

“Ada kedai baharu yang dirobohkan berikutan tiada permit bangunan. Kalau ikutkan memanglah sedih sebab belanja sudah dikeluarkan untuk berniaga. Tetapi, sedikit sebanyak saya lega dengan tindakan pihak Majlis Perbandaran kerana memang tugas mereka untuk menjaga warisan yang ada memandangkan kawasan ini sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia (UNESCO).”

Luahan Zahcarevic di akaun Instagram beliau.

Zacharevic menambah, dia juga bimbang dengan perkembangan terkini berkaitan status Tapak Warisan Dunia itu mungkin ditarik balik jika pihak berwajib gagal memulihara budaya, seni bina dan komuniti setempat.

“Lukisan-lukisan yang ada di situ pun sudah pudar tetapi pelancong masih membanjiri kawasan itu hingga menjadikannya begitu sesak,” tambahnya.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here