• Bermula 23 September lalu, pelbagai bentuk ganjaran diberikan kepada pengguna Nova 5T.
  • Telefon pintar Huawei Nova 5T boleh didapati pada RM1,599.
  • Hanya perlu muat turun aplikasi ‘Member Center untuk aktifkan keahlian.

Satu perkara menarik apabila membeli telefon pintar daripada jenama terkemuka seperti Huawei adalah ganjaran percuma atau diskaun yang ditawarkan kepada pengguna.

Bermula 23 September lalu, pengguna model baharu Huawei Nova 5T bakal memperoleh pelbagai ganjaran berbeza yang ditawarkan setiap minggu.

Dengan hanya mengaktifkan keahlian melalui aplikasi Member Centre dalam Huawei App Gallery, pengguna bakal mendapat jus buah-buahan Tropicana Essentials percuma untuk unit pertama dan diskaun 50% untuk unit yang kedua di mana-mana outlet MyNews seluruh Malaysia.

Selain itu, promosi percuma daripada jenama lain bakal ditawarkan mingu-minggu berikutnya seperti jenama Viu, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, PUMA, Fave, Zalora, Samsonite, Celebrity Fitness dan banyak lagi.

Pengaktifan keahlian sangat mudah. Kamu hanya perlu:
1. Muat turun aplikasi ‘Media Center’ daripada Huawei App Gallery.
2. Daftar menggunakan Huawei ID.
3. Mula menikmati ganjaran yang ditawarkan.

Untuk info lanjut, kamu boleh layari http://consumer.huawei.com.my

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here