• Hos tv terkemuka, Oprah Winfrey mempunyai pesawat peribadi sendiri sejak hujung tahun 90-an.
  • Dia membeli pesawat tersebut selepas tidak tahan diperli dengan para peminat di lapangan terbang.
  • Jelaskan karekter beliau di luar dan di dalam tv tidak sama.

Dalam temubual dengan majalah Vogue edisi Britain, Oprah Winfrey menjelaskan yang dia mengambil keputusan membeli pesawat peribadi kerana bosan diperli peminat di lapangan terbang.

“Ada masanya saya peramah, ada masanya saya mahukan privasi. Tidak semestinya anda lihat saya peramah di dalam tv, di luar juga saya begitu.

“Pada tahun 1991, ketika berada di lapangan terbang, saya didatangi seorang peminat wanita yang agak biadab dengan berkata ‘gaya anda tidak seperti seorang personaliti popular dalam tv.”

Kata Oprah, peminat itu menambah berkata lagi, “anda selalu memeluk semua orang (mesra) di hadapan tv. Tetapi di lapangan terbang, karekter anda adalah sebaliknya. Hanya duduk diam dan buat kerja sendiri.”

Oprah menjelaskan karekternya sama sahaja dari dulu sehingga sekarang. Dia tidak perlu pura-pura menjadi orang lain.

Akibat daripada situasi tersebut, Oprah membuat keputusan untuk membeli pesawat peribadi bagi memudahkan perjalanan kariernya.

Sumber: Vogue edisi Britain. Saksikan video temubual tersebut di https://youtu.be/8z_Its3CZLQ

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here