• Keseluruhan kapal terbang ditempatkan di tapak perkhemahan berhampiran laut di Perancis. 
  • Penginapan kapal terbang di bawah pengurusan Airbnb ini mempunyai bilik mandi di dalam ruang kokpit, dapur memasak, tempat duduk kapal terbang yang sebenar dan meja makan. 
  • Pengunjung boleh menempah keseluruahan kapal terbang dengan caj serendah 100 uds (RM400) semalam.

Buat sesetengah pengembara, bukan mudah untuk melelapkan mata ketika berada di dalam kapal terbang. Terutamanya untuk perjalanan jauh. 

Bagi mereka yang ingin merasai tidur di dalam kapal terbang dengan harga yang jauh lebih murah, Airbnb tampil dengan penginapan terbaharu paling unik – menginap di dalam kapal terbang lama yang diubahsuai, lengkap dengan katil, meja makan dan bilik mandi di sebuah pekan kecil di barat Perancis. 

Kapal terbang yang mempunyai sebuah bilik ini ditempatkan di tapak perkhemahan di Saing-Michel-Chef-Chef, kira-kira 300 km dari Paris. 

Ruang dalaman menampilkan warna putih pada dinding sementara lantai dicat dengan warna merah. Paling mengujakan, bilik mandi di tempatkan di ruang kokpit – siap dengan tombol pengemudi – membuatkan pengunjung seolah-olah berada di dalam kapal terbang sebenar. 

Sumber: http://www.travelandleisure.com/ Kredit Foto: Airbnb

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here