Dengan wabak Covid-19 yang menjejaskan aktiviti pelancongan khususnya di luar negara, apa kata gunakan kesempatan untuk bercuti di negara sendiri. Antara lokasi menarik yang boleh anda kunjungi adalah LEGOLAND Malaysia Resort di Johor Bahru.

LEGOLAND Malaysia telah memperkenalkan beberapa tawaran terhad, termasuk potongan sehingga 60% harga penginapan dan akses Taman Tema buat para pengunjung. 

Tawaran ini disediakan untuk kepada pengunjung yang ingin menikmati pengalaman menakjubkan di Legoland bersama keluarga tercinta. Terdapat pelbagai pakej sesuai untuk seisi keluarga seperti pakej bilik bertema yang disertakan dengan pas masuk percuma (dua hari) ke Taman Tema, Taman Air dan SEA LIFE untuk dua kanak-kanak. 

Di samping itu, keluarga yang datang bercuti juga boleh memilih bilik sahaja yang bertemakan LEGO untuk penginapan seramai lima orang dengan penjimatan sebanyak RM270 daripada harga asal.

Perincian diskaun yang ditawarkan Legoland Malaysia.

“Sebagai antara tarikan yang kerap dilawati pelancong di Johor, LEGOLAND Malaysia berhasrat memulihkan industri pelancongan domestik dengan menyokong dan meneruskan misi Tahun Melawat Malaysia 2020. Kami komited dengan komitmen jangka panjang dalam menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke negeri Johor yang merupakan antara destinasi mesra famili. Kami berharap rakyat Malaysia akan memanfaatkan tawaran-tawaran ini, ujar Pengarah Jualan & Pemasaran LEGOLAND Malaysia Resort, Thila Munusamy.

Tawaran terbaharu ini adalah sebagai tanda sokongan LEGOLAND MALAYSIA bagi memacu industri pelancongan tempatan. Rakyat Malaysia juga boleh memanfaatkan tawaran yang dibuat selepas pengumuman Pakej Rangsangan mengenai pengecualian Cukai Pendapatan Peribadi sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan pelancongan domestik oleh Perdana Menteri Interim sebelum ini, Tun Dr Mahathir.

Info lengkap tentang pakej tawaran adalah seperti dalam rajah di bawah. Anda juga boleh melayari laman sesawang www.legoland.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here