Tahun 2020 sekali lagi menunjukkan banyak cuti hujung minggu buat rakyat Malaysia. Jika kamu bercadang ke luar negara sewaktu musim cuti tahun ini, apakata buat ‘road trip’ ke New Zealand melalui laluan yang jarang digunakan pelancong biasa.

Laluan #1: Auckland ke Wellington – Melalui Napier (North Island)

Bermula di Auckland, luangkan masa sehari di sini terutamanya di Pantai Waiheke untuk waktu santai tepi pantai yang menenangkan.

Hari kedua, bergerak ke Rotorua melalui desa menghijau Waikoto dan Hamilton. Ketika dalam perjalanan, sinnggah ke Kolam Air Panas Waingaro dan resort untuk anda yang berhajat mencuba aktiviti surfing iaitu Ranglan Resort. Sebaik tiba di Rotorua, rendam tubuh anda dalam kolam air panas geoterma untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan.

Perjalanan ke Taupo pada hari ketiga dipenuhi tarikan geologikal. Berhenti sebentar di Gua Orakei Korako atau Craters of the Moon – anda bakal melihat teres silika, kolam air panas semula jadi dan kawah lumpur yang menggelegak.

Bergerak di jalan yang sama, kamu akan tiba di Taman Negara Tongariro Alpine Crossing. Ia merupakan Taman Negara pertama yang turut diiktiraf sebagai Warisan Dunia di New Zealand.

Di penghujung perjalanan, kamu akan sampai di hab kebudayaan New Zealand iaitu Wellington. Ada banyak kafe-kafe untuk kamu bersantai dan mengunjungi muzium.
Tip: Laluan ini mengambil masa enam hari untuk dihabiskan. Dengan jarak keseluruhan 875 km.

Laluan #2: Queenstown ke West Coast (South Island)

Pengembaraan bermula dari resort alpine di Queenstown di mana kamu boleh mencuba aktiviti “jet boating” atau menaiki gondola sehingga je Bob’s Peak.

Pada hari kedua, bergerak ke Lake Wanaka. Di sini, kamu boleh lakukan aktiviti berbasikal di antara laluan basikal gunung tertinggi di New Zealand atau merentas kawasan air terjun Twin Falls.

Kemudian, nikmati pemandangan indah kawasan pergunungan, glasier, lembah-lembah sungai dan tasik alpine di Mount Aspiring National Park. Berendam sebentar dalam Blue Pool atau bergerak menuju ke kawasan Pantai Barat bagi menikmati pemandangan air terjun dan sungai ketika memandu melalui Haast Past dan Lembah Sungai Haast.
Tip: Laluan ini mengambil masa empat hari untuk dihabiskan, dengan jarak keseluruhan 350 km.

Laluan #3: Christchurch ke Milford Sound (South Island)

Mulakan hari kamu di Christchurch dengan mencuba aktiviti popular “punting” (menendang bola sebelum ia jejak tanah) di Avon River dan kenalai daya tarikan budaya Perancis di Bank Peninsula dan Akaroa.

Pada hari kedua, bergerak ke Dunedin dan singgah di Taieri Gorge Railway. Kenali binaan-binaan tempatan yang bercirikan “Gothic”. Kemusian, terus ke Otago Peninsula bagi melihat spesies haiwan terancam, penguin bermata kuning!

Hari ketiga? Lepak di pantai! Terus ke Catlins dan Curio Bay (di sepanjang laluan Warisan Pantai Catlins) di mana anda boleh melihat kawasan hutan berusia lebih 160 juta tahun yang begitu menggerunkan. Sementara di sini, jangan lupa singgah ke rumah api di atas Nugget Point.

Akhir sekali, terokai Fiordland National Park dengan berjalan di trek Tuatapere Hump Ridge yang cukup dikenali dengan pantai-pantai yang cantik, hutan dan pemandangan gunung ganang menakjubkan. Masuk lebih dalam lagi di Taman Negara ini untuk melihat Milford Sound yang terbentuk daripada pengunpulan glasier sewaktu zaman ais.
Tip: Laluan ini mengambil masa empat hari untuk dihabiskan, dengan jarak keseluruhan 890 km.

Kredit Foto: Tourism New Zealand

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here