Terima Kasih: Vista London  

Kalau kamu travel ke London dan tidak tahu mana tempat untuk bersolat, berikut adalah 15 lokasi masjid, surau dan ruang beribadat yang boleh dikunjungi. Informasi ini diterbitkan semula di atas kebenaran Facebook Vista London. Boleh follow page tersebut di https://www.facebook.com/vistalondon/

1. HEATHROW AIRPORT
Terdapat banyak bilik solat untuk kegunaan bersama. Pada hari Jumaat, mereka akan sembahyang Jumaat juga di sini. Kat Terminal 2, ada 2 prayer room. Satu di balai perlepasan, berhampiran Gate A21 (selepas security) dan satu lagi berhampiran Gate B35. Kat Terminal 3, ada 2 prayer room. Satu di Level 1 (sebelum security) dan satu lagi berhampiran Lounge A (selepas security). Kat Terminal 4, prayer room terletak di Mezzanine Floor (sebelum security). Manakala di Terminal 5, ada 4 prayer room. Masing2 di Zone A (sebelum security), berhampiran Gate A8 (selepas security), berhampiran Gate B34 (selepas security) dan berhampiran Gate C52 (selepas security).

2. GATWICK AIRPORT
Ada dua Multi Prayer Room kat sini. Satu di tingkat 3 South Terminal (berhampiran Cafe Nero) dan satu lagi di tingkat 1 North Terminal (sebelum pintu masuk Hotel Hampton). Terdapat ruang mengambil wuduk di sini.

3. MALAYSIA HALL
Kalau dah namanya Malaysia Hall, memang sinonim lah dengan surau dan kantin. Jika ingin jumpa ramai warga Malaysia yang menetap di sini, mahupun yang datang melancong, boleh lah datang ke area Bayswater untuk solat. Lebih tepat lagi, di Queensborough Terrace. Lepas solat, boleh makan di kantin. Terubatlah rindu nak makan nasi lemak tu.

4. WESTMINSTER
Kalau kamu jalan-jalan di sekitar Big Ben atau London Eye, boleh ke prayer room di Ground Floor, Hospital St Thomas. Tanya pekerja atau security kat situ. Mereka akan tunjukkan jalan. Tempat mengambil wuduk disediakan tetapi ruang solat dikongsi bersama untuk lelaki dan perempuan. Jadi, kalau datang beramai-ramai lelaki dan perempuan, pandai-pandailah ikut giliran.

5. LONDON TOWER BRIDGE
Datang ke London, memang tak lengkap kalau tak datang ke sini. Dengan pemandangan yang cantik, dah tentu makan masa untuk korang posing dan jalan-jalan ambil angin di kawasan sekitar. Apabila tiba waktu solat, kamu boleh jalan kaki lebih kurang lima minit ke London Muslim Centre (juga dikenali sebagai Masjid East London) di Whitechapel. Di sini ada kemudahan mengambil wuduk dan ruang solat yang berasingan. Paling best – banyak kedai makanan halal di sini!

6. WESTFIELD SHEPERD’S BUSH
Westfield ni adalah the biggest shopping mall di London. Kalau datang sini, sehari suntuk boleh spend masa untuk shopping. So kalau nak solat, korang boleh guna lift atau escalator yg terletak bertentangan dengan butik Mothercare, untuk turun ke Sub Basement Floor (Level -2). Kat sini takde tempat wudhu’. Jadi pandai2 lah korang ambil wudhu di toilet berhampiran. Make sure jangan biarkan lantai toilet tu macam banjir. Sebaiknya belajar cara ambil wudhu’ menggunakan spray, macam yang dibuat oleh orang2 yang tawaf di Mekah. Kalau nak lebih selesa, korang boleh jalan kaki ke Masjid Sheperd’s Bush berhampiran.

7. WESTFIELD STRATFORD
Kalau nak solat kat sini korang boleh cari signage Inspiration Room. Terletak di Tingkat 3, berhampiran Cafe Court. Kat UK ni, korang jangan pelik bila nampak simbol bermacam2 agama di luar Multi Prayer Room tu. Ruang tu memang dibuat untuk semua penganut agama. Solat je, takde siapa yang akan ganggu.

8. BOROUGH MARKET
Best kalau datang ke market ni. Pelbagai makanan enak dijual di sini. Walaupun tak banyak pilihan untuk makanan halal, tapi happening dengan jualan pelbagai jenis. Kalau nak cari tempat solat area ni, kamu kena ke Guy’s Hospital. Masuk saja pintu utama, jalan terus melepasi AMT Cafe dan lift. Di situ terdapat Muslim Prayer Room dengan kemudahan mengambil wuduk. Cuma, di sini perlu berkongsi ruang solat dgn lelaki dan perempuan.

9. OXFORD STREET
Kalau kamu ada di sekitar kawasan ini jangan lupa singgah ke Selfridges untuk solat di Multi Faith Room. Terletak di Tingkat 4, dekat area Customer Service. Tapi kat sini kena ambil wuduk di toilet sahaja kerana tiada kemudahan disediakan.

10. MADAME TUSSAUDS
Madame Tussauds terletak berhampiran London Central Mosque. Masjid yang besar, lengkap dengan kemudahan tempat wuduk dan ruang solat yang berasingan. Paling best, lepas solat korang boleh lah jalan-jalan ke Regent Park yang terletak bertentangan masjid. Nak picnik ke atau nak posing, memang cantik di sini.

11. TRAFALGAR SQUARE
Area ni adalah salah satu tempat yang pelancong biasanya akan pergi bila datang London. Sebab kat sini ada National Gallery yang sangat besar dan berhampiran dengan Chinatown. Kalau korang perasan, ada pejabat Tourism Malaysia kat sini. Jika mahu solat, boleh minta kebenaran dari staff kat situ untuk solat di bahagian basement. Tempat wuduk juga disediakan.

12. PICCADILLY CIRCUS
Kat sini korang boleh cari Muslim World League Mosque yang terletak di Goodge Street. Lebih selesa dengan kemudahan tempat wudhu’ dan ruang solat yang berasingan.

13. CAMDEN MARKET
Admin pernah share tentang Camden Market. Sangat happening kat sini dengan kawasan pasar yang luas. Untuk solat, korang boleh jalan kaki lebih kurang 10 minit dari Camden Market untuk ke Baitul Aman Mosque yang terletak di Weedington Street.

14. PADDINGTON
Keluar dari Paddington Station, menghala ke St Mary’s Hospital di Praed Street, boleh solat kat muslim centre di Ground Floor, Clarence Wing. Kat sini ada kemudahan tempat wudhu’.

15. RUANG SOLAT DI HOSPITAL
Akhir sekali, kalau agak2 kamu buntu nak cari tempat untuk solat, korang cuba lah pergi ke mana2 hospital berhampiran. Kebanyakan hospital di UK ini ada sediakan prayer room. Elakkan solat di tempat terbuka. Bila kita berada di negara orang, sensitiviti masyarakat kena jaga. Lagipun secara tak langsung kita membawa imej agama. Jadi seboleh mungkin, tunjuklah imej yang baik. Bukan hanya untuk diri sendiri, malah untuk agama dan juga negara. Tak perlu jadi duta yang dilantik untuk laksanakan tanggungjawab. Jadilah duta kecil yang impaknya sangat besar untuk kesejahteraan bersama.

1 comment

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here