Pada 6 Februari lalu, “Influencer” bernama Natalia Taylor yang mempunyai 316,000 pengikut di Instagram menyiarkan tiga keping foto, kononnya dia sedang bercuti di Bali.

Pengikut-pengikutnya menyukai foto-foto yang disiarkan. Sehinggakan ada yang memberikan komen “our Bali princess” (“puteri Bali kami”).

Foto-foto tersebut menunjukkan Natalia sedang bergaya menggunakan telefon berkabel di meja solek, gaya sedang bersiap di apartment dan taman serta berfoto dalam tab mandi – siap dengan jubah mandi dan tuala yang dililit di kepala. Dia menandakan semua lokasi dalam foto tersebut di Bali, Indonesia.

Namun, minggu lalu, sebaik pulang dari Bali, Natalia mengeluarkan satu video bertajuk “I FAKED a vacation at IKEA”. Natalia menegaskan dia tidak ditaja oleh Ikea ketika menyiarkan foto-foto palsu sebelum itu.

Sebaliknya, dia menjelaskan yang dia ingin menunjukkan kepada para pengikutnya betapa mudahnya “menipu di media social.”

“Jangan percaya apa yang anda lihat di internet. Kadang-kala manusia hanya mahu menipu tentang diri mereka dan perkara itu bukanlah sukar untuk dilakukan,” ujar Natalia.  


Tindakan Natalia menimbulkan kemarahan sesetengah netizen yang berpendapat dia tidak sepatutnya memperdayakan orang lain dengan alasan mahu “menguji” adakah para pengikutya tahu yang dia memalsukan pengembaraannya.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here