Buat mereka yang selalu mengembara ke luar negara, kamu pasti tahu betapa sukarnya cuba bertutur dengan penduduk tempatan yang tidak memahami bahasa Inggeris.

Hendak guna kamus memang leceh. Takkan hendak ‘pikul’ kamus setiap masa ketika berjalan. Tambahan pula, sesetengah bahasa seperti bahasa Jepun dan Thai mempunyai lenggok dan alunan suara yang berbeza untuk setiap ayat. Tersilap lenggok, sudahnya apa yang kita cakap lain yang orang faham.

“Macam anjing dengan kucing,” bak kata ‘BBNU’ sekarang.

Kini, telah muncul gajet unik-besar sedikit daripada thumb drive kamu yang bakal merubah segalanya. Kamu tidak akan menjadi kekok lagi ketika cuba berbual dengan penduduk-penduduk di negara yang tidak begitu memahami bahasa Inggeris.

Gajet ini dipanggil Ili yang dihasilkan oleh Logbar. Ia sejenis alat ‘penterjemah bahasa boleh pakai’ (wearable translator) yang boleh anda bawa ke mana sahaja kerana saiznya kecil, mudah dimuatkan dalam poket seluar atau jaket kamu. Berikut, adalah lima sebab kenapa kamu perlu memiliki Ili:

a) Menterjemah ‘sebijik’ perkataan atau barisan ayat yang keluar dari mulut anda mengikut bahasa yang ditetapkan. Setakat ini terdapat dalam bahasa China, Jepun, Inggeris, Thai, Korea, Perancis, Sepanyol, Itali dan Arab.

b) Boleh digunakan bila-bila masa tanpa perlu akses kepada wifi dan 3G. 

c) Mempunyai pembesar suara yang sangat kuat dan berkemampuan mengasingkan suara anda daripada bunyi bising di sekeliling.

d) Dilengkapi kamus ‘travel lexicon’ yang membolehkannya beroperasi lebih baik daripada enjin penterjemah lain di pasaran. 

e) Mempunyai ‘docking station’ tersendiri dengan sambungan internet untuk memastikan ia dapat mengumpul dan menganalisis sebarang informasi terbaru mengenai bahasa-bahasa dunia. Analisis dan data ini disimpan ke storan awan (cloud storage). Maknanya Ili akan sentiasa ‘up-to-date’ dengan sebarang input baru atau perubahan bahasa dunia masa kini.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here