• Buat pertama kali dalam industri penerbangan, tiket Business Class versi bajet diperkenalkan.
  • Tiket ini dinamakan sebagai “basic business class”.
  • Harga jauh lebih murah kerana “ground privilege” seperti akses lounge dan khidmat pemandu (chauffeur) tidak disediakan. 

Ketika syarikat penerbangan lain sibuk membuat perubahan dalam kategori kelas ekonomi, Emirates mengambil langkah unik dengan memperkenalkan tiket Business Class versi bajet yang dipanggil “basic business class’. 

Pilihan versi bajet ini membolehkan penumpang yang ingin merasai keistimewaan Business Class pada harga berpatutan.

Apa yang menarik, penumpang yang membeli tiket ‘basic business class’ ini akan memperoleh pengalaman dan kelebihan sama dengan penumpang Business Class lain di atas kapal terbang. 

Perbezaannya, mereka hanya tidak boleh akses ke lounge dan mendapatkan khidmat chaffeur sahaja ketika berada di lapangan terbang. Kedua-dua keistimewaan ini memang sentiasa digunakan oleh para penumpang Business Class. 

Penumpang yang membeli tiket ini juga tidak boleh memilih tempat duduk (Emirates yang pilih) dan tiada pilihan menaik taraf dibenarkan. 

Buat masa ini, tiada jumlah rasmi berapakah jumlah potongan harga yang diberikan untuk tiket baharu ini berbanding tiket Business Class normal. Difahamkan, anggaran diskaun melebihi 100 USD. 

Sumber: Travel + Leisure

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here