• Sekiranya menerima kelulusan Badan Keselamatan Udara, bakal ditawarkan menjelang 2021.
  • Inisiatif hasil daripada tiga tahun penyelidikan berdasarkan maklum balas 200 pelanggan.
  • Inovasi demi keselesaan penumpang untuk penerbangan jarak jauh.

Penerbangan Nasional New Zealand, Air New Zealand telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan konsep “Economy Skynest” – pod tidur agar penumpang Kelas Ekonomi berasa lebih selesa untuk penerbangan jarak jauh.

Dengan Economy Skynest, enam pod tidur mendatar akan ditawarkan kepada penumpang Kelas Ekonomi. Setiap ruang pod tidur didatangkan dengan ukuran 200 cm panjang dan 58 cm lebar. Setiap pod tidur disertakan bantal, selimut dan pengecdas usb.

Pod tidur “Ecpnomy Skynest”

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran & Pelanggan Air New Zealand, Mike Tod, penerbangan tersebut bakal menawarkan operasi jarak jauh – dari Auckland ke New York yang memakan masan hampir 18 jam sehala. Justeru, pengenalan Economy Skynest dapat membantu mengembalikan magis untuk penerbangan jarak jauh.

Kerja-kerja pembangunan (Skynest) sedang berjalan. Ia merupakan inovasi produk untuk ruang dalam pesawat. Matlamat kami untuk penumpang Kelas Ekonomi adalah menawarkan kepada mereka ruang yang lebih selesa,” ujar Tod.


Kelak, penumpang boleh menempah pod tidur ini dengan sedikit bayaran tambahan. Inisiatif Air New Zealand wajar dipuji kerana prihatin dengan masalah penumpang Kelas Ekonomi yang rata-ratanya tidak mampu berbelanja lebih untuk Kelas Perniagaan tetapi masih mahukan keselesaan untuk penerbangan jarak jauh.

Sumber: Bahagian Komunikasi Air New Zealand

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here