• Arkitek mengambil masa enam bulan mereka bentuk bilik hotel di London yang menyerupai rahim wanita.
  • Bilik yang ditawarkan pada RM1,000 semalam itu menampilkan dinding bewarna pic, katil berbentuk kepompong dan sistem pencahayaan lembut.
  • Bertujuan promosikan REM (Rapid Eye Movement).

Zed Rooms, sebuah hotel butik di London bukanlah hotel biasa. Hotel ini menampilkan bilik menyerupai rahim wanita yakni berbentuk kepompong bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk “merasai tidur seperti bayi yang berada di dalam rahim ibu.”

Para arkitek memperoleh inspirasi dari tempoh minggu minggu akhir kandungan sewaktu bayi di dalam perut memasuki fasa tidur yang dipanggil Rapid Eye Movement (REM) – purata tidur 12 jam sehari. 

Bagi membantu pelanggan tidur dengan nyenyak, bilik tersebut turut dilengkapi dengan haruman khas dan warna-warna lembut bagi menimbulkan suasana tenang.

Terletak di Shoreditch, London, Zed Rooms ditawarkan pada RM1,000 semalam. 

Semasa tidur, pergerakan otak berlaku dalam lima fasa. Salah satu fasa dipanggil Rapid Eye Movement Sleep (REM). Ketika memasuki fasa ini, mata kita yang terpejam akan bergerak dengan pantas ke kiri dan kanan. Mengikut kajian, kebanyakan mimpi yang kita alami berlaku sewaktu REM.  

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here