Selesai satu masalah. Tak perlu lagi selit RM2 dalam pasport (tetapi ada yang kata kena waktu tertentu kena selit juga!)

Kini, ‘masalah’ baru timbul. Perjalanan menuju ke kaunter kenderaan imegresen Thai kini sesak teruk (‘jem’ dua hingga tiga jam) walaupun jarak kenderaan dengan kaunter imigresen tak sampai 200 meter.

PUNCA
Dua sebab mengapa ramai pemandu Malaysia terperangkap lama dalam kesesakan berhampiran chekpoint Kenderaan & Penumpang Imigresen Thailand (Vehicle & Passenger Checkpoint):

Pertama – Ramai yang tidak tahu kaunter lama untuk cop pasport dan ambil borang custom declaration sudah tidak wujud. Kini, semua urusan berlaku di bangunan baru di sebelah tapak lama, iaitu Sadao Arrival Boundary Post.

Kedua – Sejak “selit RM2” dimansuhkan, ramai tak tahu ada caj baharu iaitu pemandu dikenakan 25 baht sementara penumpang 5 baht seorang. Bayaran ini dipanggil “Overtime Fees”.

Sementara ‘jem’, pemandu turun dan terus ke kaunter Custom Declaration Form.

DOKUMEN SAMA, SISTEM BERBEZA
Secara asasnya, dokumen yang diperlukan untuk bawa kereta masuk ke Thailand masih sama:

  • Pasport
  • Salinan geran kenderaan
  • Dua set borang TM.2 & TM.3 (Inbound & Outbound) – Boleh didapati di kedai insuran di Changlun.
  • Arrival/Departure Card (TM.6) – Didapati di kedai insuran di Changlun
  • Insuran kenderaan (Siam City Insurance) – buat di kedai insuran di Changlun
  • Custom Declaration Point – Ambil di kaunter Custom Declaration di luar bangunan Sadao Arrival Boundary Post (bangunan baru).


5 TIP UNTUK CEPAT BERURUSAN DI KAUNTER IMIGRESEN THAILAND:
1) Jangan parkir dan turun dari kenderaan selepas melepasi Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam SEPERTI YANG KAMU BUAT SEBELUM INI. Sebaliknya, terus memandu sehingga ke bangunan Sadao Arrival Boundary Post (rujuk gambar).

2) Jalan akan ‘jem’ sebelum kamu tiba ke Sadao Arrival Boundary Post jika datang pada hujung minggu atau atas jam 10 pagi hari biasa – Ini paling crucial. Apabila jem, pemandu (pemilik geran) cepat turun dari kenderaan, minta penumpang sebelah ambil-alih  sementara kamu terus pergi ke kaunter Custom Declaration di luar bangunan Sadao Arrival Boundary Post untuk ambil declaration form. * Jangan lupa bawa pasport sekali.

JANGAN TUNGGU DALAM KERETA SAMPAI TIBA DI KAUNTER VEHICLE & PASSENGER CHECKPOINT, BARU NAK PEGI KE KAUNTER CUSTOM DECLARATION. Itu “dua kali kerja” dan sebab utama ‘jem’ panjang. Selepas dapat Declaration Form, terus kembali ke kereta dan terus memandu ke Vehicle & Passenger Checkpoint.

SEMASA DI VEHICLE & PASSENGER CHECKPOINT
3) Pastikan semua dokumen yang dibuat di kedai-kedai insuran tepi jalan di Changlun diisi lengkap, termasuk dua borang masuk & keluar TM.2 & TM.3 – terutamanya borang TM.2 kena isi inbound & outbound sekaligus. Walaupun borang TM.2 outbound hanya dihantar ketika nak balik, pegawai Imigresen akan minta juga borang itu untuk cop sewaktu arrival.

4) Tukar siap-siap matawang baht. 25 baht untuk pemandu dan 5 baht untuk setiap penumpang. Saya memandu bersama isteri dan dua orang anak, jadi jumlah yang dibayar 40 baht. (RM5.20)

5) Guna pintu sempadan lain iaitu Kota Putra (Durian Burung), Kedah. Kamu akan exit di Ban Prakob, Songkhla, tidak jauh dari Hatyai. Anggaran tambahan masa memandu sekitar satu jam. Kalau dah terperangkap sampai dua jam setengah di Bukit Kayu Hitam, lebih baik ikut Durian Burung saja kerana masih ramai yang tidak tahu laluan ini. Cuma, checkpoint Durian Burung tutup awal iaitu jam 6 petang, berbanding Bukit Kayu Hitam (12 malam).

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here