Teks & Foto: Mizzy Mckenzie

Buat kaki melancong seperti anda, semestinya Melbourne, Australia menjadi salah satu destinasi pilihan. Mana tidaknya, bandar utama di dalam Victoria ini terkenal dengan arkid dan lorong-lorong atau laneways. Di sebalik lorong-lorong ini tersimpan karya seni jalanan serta graffiti popular atau masih tersembunyi dan perlu anda terokai.

Sebahagian karya seni kreatif dan unik ini sudah diwartakan sebagai satu daya tarikan pelancongan oleh City of Melbourne. Jadi, jangan lupa untuk jejaki 5 ‘lorong seni jalanan’ popular yang disenaraikan ini.

1 – Hoseir Lane

Tidak lengkap kalau datang ke Melbourne jika tidak ke Hoseir Lane. Terletak dua minit dari Federation Square dan Flinders Street Station, ia menjadi ‘centre point’ seni jalanan di bandar ini. Permukaan bangunan sepanjang Hoseir Lane dipenuhi dengan lukisan dan tulisan pelbagai ragam, warna-warni serta memberi makna tersirat. Tidak mengira waktu, Hoseir Lane sentiasa dipenuhi dengan pelancong untuk bergambar. Sekiranya tidak mahu ada ‘photoboom’ di dalam gambar yang anda rakam, datanglah pada awal pagi.

2 – AC/DC Lane

Bagi peminat muzik rock klasik, nama AC/DC mungkin tidak asing lagi. Ya, satu lagi lorong seni jalanan popular di Melbourne adalah AC/DC Lane. Ia dinamakan sempena tribute kepada kumpulan rock terkenal Australia ini. Lokasinya off Flinders Lane dan apa yang menarik hasil seni pada dinding di AC/DC Lane kebanyakkan bertemakan musicians. Dan di sini jugalah merupakan tempat ‘live music’  legenda iaitu Cherry Bar. Sepanjang lorong ini juga disajikan dengan fine dining dan bar untuk anda singgah menjamu selera.

3 – Duckboard Place

Selepas puas menikmati karya seni lakaran pemuzik terkenal di dunia di AC/DCLane, berjalanlah lebih jauh dan belok ke kiri untuk ke Duckboard Place. Pasti anda akan terpana dan asyik. Hasil lukisan graffiti yang ada di sini kebanyakkannya bersaiz besar dan unik. Salah satu yang masih kekal sehingga ke hari ini adalah karya Steen Jones, lakaran bunga ros dan rama-rama yang dilakar seperti tatu, tribute kepada bandar Melbourne. Di sini anda tidak perlu risau kerana tidak ramai pelancong seperti di Hoseir Lane. Bergambarlah sepuas-puasnya sebelum anda singgah di Tonka, restauran India atau A Hereford Beefstouw, steakhouse Denmark untuk mengisi perut yang lapar.

4 – Union Lane

Sambil melihat barang-barang untuk dibeli di pusat membeli-belah sepanjang Bourke Street Mall, singgah sekejap di Union Lane. Agak tersembunyi, ia terletak off dataran Bourke Street. Di sepanjang lorong ini kiri dan kanan blok bangunan dilukis dengan cara tersendiri. Pada tahun 2010, seramai 70 orang pelukis dibayar untuk menghasilkan karya mereka di sini, dan pada 2018 ia dijadikan salah satu lokasi pertunjukkan fesyen sempenan Minggu Fesyen Melbourne.

5 – Presgrave Place

Berbeza dengan lorong-lorong seni jalanan yang lain, Presgrave Place mempersembahkan karya seni bersaiz kecil dalam tiga dimensi, sculpture, imej poster, stensil dan juga pelekat yang dibingkaikan. Lokasi yang agak tersembunyi, anda perlu ke Little Collins Street, menuju ke Howey Place sebelum sampai ke Presgrave Place, lorong yang tiada jalan keluar ini. Di hujung lorong terdapat sebuah kafe kopi iaitu Bar Americano yang hanya memuat 10 orang sahaja dalam satu-satu masa. 

Penulis bergambar di salah satu lokasi seni jalanan di Melbourne.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here