Kamu pasti terpegun apabila mengetahui bahawa terdapat pelbagai lokasi menarik yang tersembunyi di sekitar Lembah Klang untuk diterokai tanpa mengira usia. Lokasi-lokasi ini sedikit ‘tersorok’. Tiada kenderaan atau pengangkutan awam untuk ke sini? SOCAR kan ada!

Aplikasi perkongsian kereta #1 di Malaysia ini membolehkan penggunanya menempah kereta mengikut jam, hari dan minggu. Selain menempah kenderaan pilihan anda di 894 zon SOCAR yang telah disediakan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, anda juga boleh membuat tempahan melalui perkhidmatan penghantaran pintu ke pintu atau “door-to-door delivery” (D2D) di lokasi-lokasi yang terpilih.

#1 Skytrex Adventure
Antara lokasi yang boleh diterokai pada musim cuti sekolah ini bersama keluarga tersayang adalah Skytrex Adventure Sungai Congkak yang berlokasi di Hulu Langat, kira-kira 40 km dari bandar Kuala Lumpur. Skytrex Adventure menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik dan jarang ditemui di Malaysia. Antara aktiviti yang terdapat di sini adalah, ‘sky-trekking’ dimana penggunjung boleh menikmati pengalaman merentasi pelbagai halangan yang telah disediakan. Selain itu, Skytrex Adventure memberi peluang kepada masyarakat umum untuk mengenali hutan hujan tropika Malaysia di samping mewujudkan kesedaran terhadap ekosistem di Malaysia. Skytrex juga dibina dan diselenggara mengikut piawaian keselamatan antarabangsa. 

#2 Farm In The City – Khas buat Dr Doolitles dan Veterinar
Jika anda mencari sesuatu yang menarik buat anak-anak anda, Farm In The City (FITC) di Seri Kembangan merupakan lokasi kunjungan yang amat unik dan sesuai bagi anda sekeluarga. Terletak kira-kira 30km dari bandar Kuala Lumpur, Farm In The City (FITC) menawarkan konsep yang amat unik dan menarik dengan gabungan unsur-unsur hidupan liar dan alam semula jadi yang ditempatkan dalam persekitaran yang dirancang di taman pemuliharaan. FITC memupuk nilai-nilai pelbagai budaya dalam populasi di Malaysia dengan menonjolkan persekitaran desa atau kampung. Di samping menghiburkan, ia juga mendidik dan mendorong pandangan masyarakat terhadap gaya hidup di kampung, ladang dan kebun buah-buahan Malaysia yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar. Antara tarikan pelancong di FITC, termasuk pertunjukan percuma di tempat perlindungan burung, gua reptilia, menyaksikan keindahan di tasik moods, berpengalaman di kampung penternakan haiwan dan berjalan kaki di hutan serta ladang sayuran Malaysia. Justeru itu, jangan lepaskan peluang anda untuk berinteraksi dengan lebih 100 spesis haiwan jinak dan eksotik temasuk memanggil beribu-ribu ikan Koi dengan hanya membunyikan loceng.

FITC memupuk nilai-nilai pelbagai budaya dalam populasi di Malaysia dengan menonjolkan persekitaran desa atau kampung. Di samping menghiburkan, ia juga mendidik dan mendorong pandangan masyarakat terhadap gaya hidup di kampung, ladang dan kebun buah-buahan Malaysia yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar. Antara tarikan pelancong di FITC, termasuk pertunjukan percuma di tempat perlindungan burung, gua reptilia, menyaksikan keindahan di tasik moods, berpengalaman di kampung penternakan haiwan dan berjalan kaki di hutan serta ladang sayuran Malaysia. Justeru itu, jangan lepaskan peluang anda untuk berinteraksi dengan lebih 100 spesis haiwan jinak dan eksotik temasuk memanggil beribu-ribu ikan Koi dengan hanya membunyikan loceng.

#3 Kanching Rainforest Waterfall – Untuk Peminat Sukan Lasak Dan Air
Kanching Rainforest Waterfall bertempat di hutan simpanan 30km dari Bandar Kuala Lumpur. Ia merupakan satu destinasi riadah yang terkenal pada hujung minggu. Lokasi ini juga merupakan lubuk buat peminat fotografi yang ingin mengasah bakat mereka di dalam bidang tersebut. Air terjun Kanching mempunyai tujuh lapisan lata yang berketinggian lebih 120m. Di samping keindahan semulajadi yang menyamankan, ia juga selamat bagi semua peringkat umur. Kanak-kanak boleh mendayung dengan selamat di aliran bersih yang terletak berhampiran pintu masuk tempat rekreasi ini. Kawasan air terjun ini juga dilengkapi dengan pondok berkelah dan bilik salinan untuk keselesaan pengunjung-pengunjung. 

Dengan jumlah keseluruhan 1,628 kenderaan SOCAR termasuk jenis hatchback, sedan dan SUV, pengguna bolehmembuka kunci kereta melalui fungsi “SmartKey” dalam aplikasi SOCAR dan memulakan perjalanan. 

Untuk tempahan atau informasi lanjut, layari https://socar.my/

Kredit Imej: Farm In The City

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here