• Pemilihan berdasarkan algoritma melalui akses terhadap ribuan rebiu dan rating oleh pengembara.
  • Kemenangan kali kedua dalam tempoh dua tahun.
  • Purata markah 4.5/5 bintang

Agensi pengembaraan dalam talian, TripAdvisor, telah menamakan Singapore Airlines sebagai penerbangan terbaik dunia dalam acara tahunan “Travellers Choice Awards”.

Laman sesawang tersebut melakukan kajian terhadap syarikat-syarikat penerbangan utama di Australia dan seluruh dunia, menggunakan algoritma yang menentukan kualiti dan kuantiti rebiu dan rating yang dihantar oleh para pengembara di seluruh dunia dalam tempoh 12 bulan.

Seorang pengembara, Lilyjvb yang memberikan rating 5 bintang berkata dia amat gembira menggunakan perkhidmatan SQ (kod penerbangan untuk Singapore Airlines). “Perkhidmatan berkualiti. Ribuan saluran hiburan kru kabin yang bersopan santun dan sangat efisien dalam menjalankan tugas mereka. Kapal terbang yang digunakan juga adalah kapal terbang baharu,” ujarnya.

Daripada sejumlah 19,143 rebiu yang dihantar, Singapore Airlines memperoleh purata 4.5 bintang dengan lebih 11,000 daripada rebiu tersebut memberikan rating tertinggi “Excellent”.

Dalam acara yang sama, Qatar Airways merangkul tempat kedua sementara syarikat penerbangan dari Taiwan, EVA Air yang terkenal dengan tema Hello Kitty pada sebilangan badan kapal terbang Boeing naik ke tangga ketiga.

Sumber: Channel News Asia.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here