Menurut pasaran dalam talian untuk perkhidmatan hospitaliti, Airbnb, tempahan untuk pengalaman kesejahteraan (wellness tourism) telah meningkat lebih daripada 572% dari tahun 2017 hingga 2018. Pertumbuhan paling ketara melibatkan majoriti pelanggan berumur 60 tahun ke atas dan generasi milenia (18-24 tahun) dengan peningkatan lebih 800%.

Dalam perkembangan sama, awal tahun ini Tourism Malaysia melaporkan perkembangan pesat pelancongan kesejahteraan global disebabkan peningkatan jumlah pengguna yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat, kuasa membeli kelas menengah yang semakin besar dan pelancong semakin berminat untuk mencuba aktiviti percutian yang memfokuskan kepada pengalaman.

Bali dan Thailand mengalami pertumbuhan paling ketara di Asia pelancongan kesejahteraan untuk tahun lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh Airbnb.  Bali berada di tempat teratas dalam senarai bandar-bandar yang berkembang maju dengan pertumbuhan Pengalaman kesejahteraan yang ditawarkan lebih daripada 7,400% tahun ke tahun.

Selepas Bali, Thailand merupakan salah satu daripada 20 destinasi global terbaik yang khusus dalam menyediakan percutian yang holistik dan menenangkan minda. Berdasarkan data tempahan Airbnb, platform yang didorong oleh komuniti ini menyaksikan peningkatan ketibaan tetamu dari luar di Bali, Bangkok dan Chiang Mai, di sini pengembara menginap dua kali lebih lama berbanding pengembara biasa.

Bali 967,000 ketibaan tetamu 3.9 malam
Bangkok 723,900 ketibaan tetamu 3.9 malam
Chiang Mai 283,200 ketibaan tetamu 4.0 malam

Sebagai info, pelancongan kesejahteraan melibatkan pengalaman seperti urutan badan (massage) dan meditasi.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here