• Peraturan baru untuk mengurangkan masalah ‘overcrowded”
  • Purata 50,000 pengunjung sehari.
  • Menetapkan peraturan baharu maksimum hanya 4,000 sehari.

Taj Mahal yang tersenarai antara tujuh keajaiban dunia menerima kunjungan jutaan pelancong setiap tahun.

Terletak di Agra, ikon pelancongan yang menjadi kebanggaan rakyat India ini menghadapi masalah apabila terlalu ramai pelancong yang membanjiri monumen bukan tersebut ahaja pada hujung minggu, malah hari-hari biasa.

Secara purata, Taj Mahal dilawati kira-kira 50,000 pelancong sehari. Ini menjadikan jumlah kemasukan pelancong sekitar tujuh juta setahun. Ia belum termasuk bilangan kemasukan tidak sah yang berjaya menyelinap ke dalam monumen ini tanpa membuat bayaran. 

Bermula April lalu, pihak pengurusan monumen memperkenalkan caj btambahan jika pengunjung berada dalam kawasan monumen melebihi tiga jam. Setiap pengunjung yang datang diminta menyimpan tiket mereka sehingga mereka keluar dari kawasan monumen. Pihak sekuriti akan memeriksa tiket di pintu keluar dan sekiranya masa lawatan melebihi tiga jam, denda bakal dikenakan. 

Menurut Superintendan Arkeologi Taj Mahal, Bhuvan Vikram, peraturan baharu ini dibuat untuk mengurangkan jumlah pengunjung yang membanjiri kawasan monumen sehingga menjadikannya terlalu sesak saban hari. 

Menurut beliau, jangkamasa tiga jam sudah cukup untuk melawat keseluruhan kawasan monumen tanpa perlu terkejar-terkejar. Di samping mengelakkan kesesakan, peraturan baru ini juga dibuat untuk mengahalang pengunjung yang mengambil kesempatan berpiknik dalam kawasan monumen hingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung lain. 

INFO (BAYARAN MASUK)
Pelancong luar - INR 1000 (RM60)
Rakyat tempatan - INR 40 (RM2.40)

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here