• Tawar ‘Visa on Arrival’ percuma kepada hampir 50 buah negara, termasuk Malaysia.
  • Pengurangan ketara kedatangan pelancong berikutan serangan militan April lalu.
  • Beberapa buah negara keluarkan nasihat perjalanan untuk tidak mengunjungi Sri Lanka.

Serangan militan terhadap gereja dan hotel-hotel mewah pada 21 April lalu di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 250 nyawa (42 daripadanya warga asing) memberikan impak yang besar terhadap industri pelancongan Sri Lanka.

Rekod kehadiran pelancong pada bulan Mei di negara itu menunjukkan kejatuhan lebih 70% – rekod terburuk sejak perang saudara berakhir di negara itu sedekad lalu.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Reuters pada 30 Julai 2019, kerajaan Sri Lanka bersetuju memansuhkan visa pelancong yang kebiasaannya ditawarkan pada harga USD 20 sehingga USD 40 (RM83 dan RM166)

Pemansuhan visa ini layak dinikmati 48 buah negara termasuk China, India dan United Kingdom.

“Tawaran ini ditawarkan selama enam bulan. Kemudian, kami perlu menilai semula berapakah kehilangan pendapatan kerajaan daripada pemansuhan visa ini sebelum membuat tindakan seterusnya,” kata salah seorang pegawai Kementerian Pembangunan Pelancongan Sri Lanka.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here