Jika kamu mencari hotel berkonsepkan taman tema air dan safari untuk anak-anak melakukan pelbagai aktiviti, A’Famosa Resort di Air Keroh, Melaka adalah pilihan tepat.

Persoalannya, terdapat banyak jenis penginapan di dalam kawasan resort dan taman tema seluas 520 hektar ini. Memilih mana satu yang sesuai bergantung kepada dua faktor. Pertama, bajet. Kedua, berapa bilangan ahli keluarga kamu.

A’Famosa Resort menawarkan tiga jenis penginapan yang kamu boleh pilih iaitu Resort Hotel, D’Savoy Condotel dan Villa D’Amour D’Faro, D’Lagos. Saya bersama keluarga menginap di D’Savoy Condotel yang berkonsepkan apartment dua bilik.

Pilihan dibuat berdasarkan harganya yang agak berpatutan (RM330 semalam) serta kedatangan saya melibatkan dua buah keluarga seramai sembilan orang. Dengan bilangan ‘manusia’ yang agak ramai, maka D’Savoy adalah pilihan berbaloi kerana harganya berpatutan dengan keluasan bilik dan kemudahan yang ditawarkan.


PANDANG PERTAMA
Saya akui saya sedikit ‘gelisah’ apabila tiba di hadapan apartment empat tingkat ini. Gelisah kerana melihatkan keadaan luaran bangunan yang seperti agak ‘lama’-seolah apartment ini sudah lama tidak berpenghuni. Bukanlah bangunannya kotor atau tidak dijaga. Tetapi bagi saya, ia kelihatan seperti bangunan lama dan bukan seperti hotel apartmen.

Tetapi, jangan dinilai pada luaran bangunan. Hakikatnya, ruang dalam bilik sangat luas dengan pilihan perabot yang baik, walaupun mungkin kelihatan sedikit ‘outdated.’ Lantai marmar menyambut anda sebaik pintu dibuka. Ruang tamu yang luas dengan TV lcd serta sofa yang selesa mengisi sebahagian ruang tamu.

BeRcakap tentang bilik, D’Savoy Condotel memiliki keluasan 101 meter/persegi – Memang luas!

Meja makan ditempatkan berhampiran ruang dapur yang luas dengan kemudahan mini bar. Dinding bilik dicat dengan padanan warna terang dengan sentuhan warna hijau pada sesetengah ruang untuk menimbulkan mood tenang. Bagi saya, penginapan ini seperti di dalam sebuah rumah yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Paling best, terdapat ruang balkoni dengan pilihan menghadap bangunan dan kolam renang/gelanggang futsal atau padang golf. Bercakap tentang bilik, D’Savoy Condotel
memiliki keluasan 101 meter/persegi (Memang luas!) dan berkonsepkan penginapan apartment 2/3 bilik dengan katil double bed untuk setiap bilik.

FASILITI:

  • Mini Bar
  • Meja Makan
  • Sofa “L”
  • Peti Simpanan
  • Tab Mandi
  • Peralatan asas dapur (pinggan, sudu & garfu)
  • Kolam Renang
  • Tiga penghawa dingin (dua di dalam bilik, satu di ruang tamu)
  • Ruang parkir luas bawah apartment

Saya bersama keluarga menginap di sini sekadar untuk merehatkan badan dan membawa anak-anak mandi kolam. Buat anda dan keluarga yang mahukan lebih aktiviti, boleh memilih untuk ke water theme park, old west dan safari wonderland utuk mencuba pelbagai aktiviti air atau menonton persembahan bertema yang ditawarkan.

SYIOK
Dekat dengan tarikan baru iaitu Freeport A’Famosa yang menawarkan pelbagai produk berjenama bebas cukai. Memandu tidak sampai lima minit dari resort ini. Bilik yang sangat luas dan bersih. Katil yang selesa dengan bantal lembut. Memang lena tidur!

KURANG SYIOK
Exterior bangunan kelihatan agak ‘lama’. Tombol pintu bilik yang sudah agak longgar (lama tak ditukar barangkali) hingga menyukarkan untuk pintu ditutup. Perabut kelihatan sedikit ‘outdated’ untuk konsep penginapan masa kini.

D’Savoy Condotel
A’Famosa Resort
Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000
Alor Gajah, Melaka

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here