Malaysia Tourism Council (MTC) bakal menganjurkan majlis anugerah pada 25 Oktober 2019, bertempat di Istana Golden Horses, Kuala Lumpur.

Lebih daripada 80 anugerah akan dianugerahkan kepada para peserta sebagai tanda kecemerlangan dan sokongan mereka dalam pembangunan industri pelancongan di Malaysia.

Anugerah berprestij ini merupakan penghormatan dan penghargaan tertinggi bagi individu dan organisasi yangmenunjukkan bahawa sumbangan cemerlang memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan industri pelancongan Malaysia.

Pada tahun ini, Majlis makan malam gala dan majlis penyampaian ini bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir merupakan Bapa dan Ikon untuk Industri Pelancongan Malaysia. Kami amat berbahagia bahawa beliau bersetuju untuk menghadirkan diri dan memberi kerahmatan ke majlis ini, ” kata Uzaidi Udanis, Presiden MTC ketika ditemui pada sidang akhbar.

Uzaidi juga berkata MTC Gold Awards merupakan anugerah tertinggi industri pelancongan yang mengiktiraf semua Wira Malaysia dalam Industri Pelancongan.

Ia juga menggalakkan industri pelancongan dan hospitaliti di Malaysia untuk mempromosikan perniagaan dan jenama pelancongan yang mencipta imej positif negara di seluruh dunia.

Sama seperti “Oscar” untuk industri pelancongan dan perhotelan Malaysia, ia dijadikan sebagai satu alasan untuk meraikan warisan, budaya, tradisi dan pencapaian Malaysia dalam mengusahakan kempen kebangsaan yang penting iaitu Visit Malaysia 2020.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here