Jika anda ibu-bapa yang memiliki anak kecil, dalam rumah anda pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebongkah permainan LEGO.

Kecil tapi dia punya ‘menyengat’ bila terpijak…tak boleh tahan!

Boleh terbayang bagaimana perasaan terpijak bongkah LEGO yang bersepah bukan? ‘Kesakitan mengejut’ yang dirasai membuatkan anda berasa geram. Bongkahnya kecil sahaja tetapi sakitnya… aduhai boleh membuatkan kita hilang pertimbangan seketika!

Tidak perlu gusar lagi. Syarikat permainan LEGO telah mengambil keputusan untuk menghasilkan selipar ‘anti-LEGO’ agar anda dapat berjalan-jalan dalam rumah tanpa perlu rasa bimbang terpijak LEGO yang bersepah di atas lantai atau karpet.

Kita tunggu sahaja pengumuman daripada LEGO tentang pelancaran selipar anti-LEGO ini di laman sesawang mereka kelak.

Kredit: www.boredpanda.com
Intro Pic: www.romper.com

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here