• Bangga penampilan berhijab kerana tonjol identiti sebagai seorang Muslim. 
  • Bertegas tidak perlu “jadi kaya” untuk mengembara. 
  • Saran bermula dengan destinasi tempatan terlebih dahulu. 

Tular baru-baru ini, gadis berhijab yang berasal dari Bangladesh, Rehnumah Insan dengan koleksi foto-foto menarik beliau dengan berhijab di hadapan puluhan destinasi pelancongan ikonik seluruh dunia. 

Rata-rata netizen memuji penampilan berhijab Rehnumah yang kelihatan anggun dengan pelbagai pakaian menutup aurat dan gaya menarik berlatar-belakang mercu tanda ikonik seperti Eiffel Tower, Santorini, Cappadocia, Prague dan banyak lagi. 

Dalam satu temu bual dengan portal berita Daily Star semalam, Rehnumah yang menetap di Newcastle sudah mengembara ke lebih 35 buah negara dalam masa hanya tiga tahun. 

Menyentuh tentang penampilannya yang lengkap berhijab ketika mengembara, Rehnumah menjelaskan dia bangga berhijab kerana ia adalah sebahagian daripada identiti yang menentukan setiap tindakan, pemikiran can cara hidupnya sebagai seorang Muslim. 

“Ramai yang bertanya kepada, ‘Sukarkah mengembara dengan berhijab? atau ‘adakah saya didiskriminasi disebabkan berpakaian sebegini’?

Saya agak kecewa kerana ramai wanita Muslim beranggapan agak sukar untuk mengembara ke negara-negara bukan Islam sekiranya berhijab. Ini menyebabkan mereka takut untuk mengembara. Inilah yang menyebabkan orang-orang Barat beranggapan wanita-wanita Muslim hidup tertekan kerana tidak dapat melakukan apa yang mereka gemari, hingga membawa kepada tanggapan negatif bahawa Islam itu agama yang menyusahkan. Sedangkan ianya tidak begitu,” Ujar Rehnumah. 

Beliau menambah, dengan berhijab ketika ke negara orang, ia menggambarkan bahawa Islam tidak menyekat golongan wanita untuk melakukan apa yang mereka gemari selagi berada dalam landasan yang betul. 

“Sejujurnya, saya tidak pernah menjadi mangsa diskriminasi. Malah, kebiasaannya, penampilan saya menjadi tarikan buat penduduk tempatan sehingga ada yang mahu mengambil gambar dengan saya dan bertanyakan tentang agama dan cara berpakaian sebagai seorang Muslim,” tambahnya. 

Seperkara lagi yang beliau tidak setuju adalah tanggapan bahawa seseorang itu perlu menjadi “kaya” untuk mengembara ke Eropah atau Amerika. 

Baginya, tanggapan salah sesetengah orang yang beranggapan “pengembaraan sebenar” adalah ketika sesorang itu ke luar negara dan kadang-kala memandang rendah destinasi di negara sendiri. 

“Saya tidak setuju. Kamu rasa negara luar hebat. Tetapi, tahukah kamu, orang luar cukup cuka datang ke negara kamu? Saya berasal dari Dhaka, Bangladesh dan begitu ramai pelancong luar memasang impian untuk ke Sundarbans, Cox’s Bazaar dan St. Martin dan tempat-tempat menarik lain? 

“Pengembaraan bukan bermaksa kamu mesti pusing satu dunia atau melakukan touring sekitar Eropah. Ya, saya melakukanya tetapi itu tidak menjadikan hanya ornag seperti saya yang layak digelar ‘pengembara sebenar’. Dekat atau jauh, anda mengembara untuk membuatkan anda berasa gembira, bukannya untuk memuaskan hati orang lain. 

Hanya kerana kamu mempunyai ramai pengikut di media sosial, pergi ke tempat-tempat menarik, maka orang lain harus jadi seperti kamu. Atau kamu membanding-bandingkan percutian kamu dengan orang lain. Itu tidak betul. 

Kamu mengembara kerana ingin melihat keajaiban ciptaan Allah S.W.T, merasai pengalaman perbezaan budaya, bahasa, cara hidup yang membuatkan kamu berasa betapa kerdil di sisi Maha Pencipta,” tegas Rehnumah panjang-lebar.

Rehnumah kini bertugas sebagai peguam di Newcastle, England.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here