• Kru produksi bakal ‘berkampung’ di Thailand selama hampir sebulan.
  • Bakal jalani sesi penggambaran sekitar Phuket, Phang Nga dan Krabi.
  • Menyaksikan pelaburan lebih 340 bilion baht di Thailand.

Pada 12 Jun lalu, Pengurus Produksi filem Fast & Furious, Piya Pestonji telah mengadakan pertemuan dengan Gabenor Krabi, Liutenant Kolonel M.L Kitibadee Prawit di pejabat Dewan Wilayah Krabi bagi membincangkan butiran mengenai penggambaran filem Fast & Furious 9. 

Pengurus Produksi, Piya Pestonji (dua dari kiri) dan Gebenor Krabi, Kitibadee Prawit (tengah) di Pejabat Dewan Wilayah Krabi.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah wakil Tourism Authority of Thailand (TAT) cawangan Krabi, Apichai Aranyik.“ Ini adalah saat yang membanggakan buat rakyat Thailand. Penggambaran ( Fast & Furious 9) peluang kepada kami untuk menjadi hos yang baik di samping mempromosikan destinasi-destinasi menarik di Thailand, sumber alam semula jadi, kebudayaan dan sejarah,” ujar Kitibadee. 

“Saya sangat mengalu-alukan kehadiran barisan kru produksi dan pelakon ke sini. Peluang yang diberikan ini akan memberikan impak positif kepada penduduk tempatan dan saya menyeru semua pihak memberikan kerjasama dan menjadi hos yang baik,” tambahnya.

Kitibadee turut menjelaskan yang pihaknya sedang berurusan dengan jabatan-jabatan berkaitan bagi membina pejabat sementara di Krabi sebagai persediaan untuk kegunaan produksi tersebut. 

Penggambaran di Thailand dijangka bermula dari 1 hingga 27 Julai 2019.

Sumber: The Phuket News.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here