Percutian berkonsepkan kesihatan dan kesejahteraan berkembang dengan pesat di serata dunia. Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan & Pengembaraan Malaysia (MATTA) baru-baru ini mengumumkan Malaysia tersenarai antara 10 pasaran pelancongan kesejahteraan terbaik di Asia Pasifik dengan jumlah perbelanjaan RM20.5 bilion dan  8.3 juta ppengembaraan direkodkan.

Untuk siri kali ini, jom kita lihat penginapan-penginapan Airbnb berkonsepkan pelancongan kesejahteraan yang boleh kamu kunjungi di Sabah. 

ARCADIA MOUNT KINABALU, RANAU

Chalet Arcadia terletak di dalam kelab golf di dataran tinggi Gunung Kinabalu, kira-kira 1500 di atas paras laut. Arcadia adalah lokasi sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan, menikmati sajian enak atau sekadar menikmati bahan bacaan kegemaran berlatar-belakang pemandangan indah Gunung Kinabalu. Suasana di sekitar chalet ini sangat tenang – sesuai untuk kamu yang mahu melarikan diri seketika dari kesibukan kota. 

CARAVANBAH, KOTA KINABALU

Teringin mencuba penginapan yang rare ketika bercuti? Kamu boleh cuba menginap dalam yang pertama dibuka di Sabah iaitu CaravanBah. Penginapan mudah alih ini membolehkan kamu mengembara ke serata pelusuk Sabah tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan untuk penginapan. Seunit CaravanBah mampu memuatkan empat orang dewasa dan ia disertai dengan kemudahan sepertidapur, bar mini dan bilik air persendirian.

PAGNAKAN DII TROPICAL RETREAT, SANDAKAN

Pagnakan Dii adalah pilihan tropikal terbaik buat pengembara yang mahu menghabiskan masa dalam suasana kehijauan alam alam semula jadi sambil merasai pengalaman menginap rumah tradisi masyarakat Malaysia yang diperbuat daripada kayu tropika.  Difahamkan, 30% daripada keseluruhan binaan hartanah Pagnakan Dii diperbuat daripada kayu-kayu yang dikitar semula. 

SUNBEAN LUXURY VILLA, KUDAT RIVIERA, KUDAT


Villa indah berkonsepkan tropika buat kamu yang mahu lari dari kesibukan kota. Ia menawarkan penginapan mewah villa dengan dua buah bilik dengan akses ke kawasan pantai. Setiap villa dilengkapi katil yang selesa, penghawa dingin dan ruang balkoni dengan pemandangan taman tropika dan kolam renang. 

HIBISCUS VILLA, KUDAT

Merupakan 100% villa persendirian yang mewah dan idilis, terletak di antara kawasan hutan menghijau di pantai barat Sabah. Penginapan ini menawarkan privasi buat tetamu dengan tawaran penginapan maksimum sembilan orang sahaja pada satu-satu masa. Pengalaman menginap di sini membangkitkan rasa tenang dan damai. 

FRANGIPANI LUXURY VILLA, KUDAT RIVIERA, KUDAT

Frangipani merupakan villa mewah dengan empat buah bilik yang mengadap pantai dan kolam renang. Setiap bilik bersaiz besar dilengkapi bilik mandi en suite beserta tab mandi dan air pancut. Frangipani memang terkenal dalam kalangan pelancong luar negara yang mahu menghabiskan masa hujung minggu. 

Artikel ini diolah semula berdasarkan siaran akhbar Airbnb.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here