Masa yang sesuai untuk ke New Zealand adalah sepanjang tahun, tetapi ini merupakan 11 sebab tambahan mengapa anda perlu datang melawat pada tahun 2019.

1. Trek Baharu
Masyarakat New Zealand gemar berjalan kaki jarak jauh (umpama berjalan kaki atau mendaki untuk kita semua). Tidak hairanlah jika mereka teruja dengan Trek baru, Paparoa, yang akan dibuka pada September 2019, di Pantai Barat yang berceranggah di Pulau Selatan. Ia merupakan Laluan Hebat yang pertama – sebuah koleksi trek berjalan kaki jarak jauh yang premium di seluruh negara – untuk direalisasikan dalam 25 tahun, dan membuka Paparoa Range, sebuah kawasan yang sukar untuk diakses dan memiliki keindahan semulajadi yang menakjubkan. Disebalik trek sepanjang 55 kilometer tersebut, terdapat peristiwa yang tragik: ia menjadi tempat memperingati 29 orang yang terkorban dalam kemalangan di Lombong Sungai Pike, terkambus di dalam jarak yang berdekatan, pada tahun 2010.

2. Pembangunan semula Bandar Pantai Kaikoura
Bandar pantai Kaikoura yang cantik telah musnah akibat gempa bumi Kaikoura pada tahun 2016: hampir terputus dari seluruh negara apabila jalan ke arah utara dan selatan menjadi mendap. Kini, tempat untuk melihat ikan paus di New Zealand ini telah dibuka semula. Jalan pantai yang menakjubkan dari Marlborough boleh digunakan dan perjalanan kereta api Coastal Pacific – yang merupakan salah satu cara untuk menikmati pemandangan indah – baru sahaja dibuka pada 1 Disember. Dan sebuah hotel baru, Sudima Kaikoura dijangka buka di Esplanade, lewat tahun ini.

3. Kekal Hijau & Mesra Alam
Pemilik-pemilik hotel di New Zealand mengutamakan alam sekitar berbanding keuntungan dengan mempraktikkan tren penggunaan secara berterusan. Misalnya, Kem Glenorchy yang baru sahaja dibuka berdekatan dengan Queenstown dibina berasaskan konsep pembangunan mampan dan reka bentuk yang cekap tenaga, sistem pencahayaan pintar, tandas kompos serta taman solar. Para pemilik Kem Glenorchy berharap agar kem tersebut yang terdiri daripada pelbagai bentuk penginapan seperti kabin, asrama dan tapak campervan/RV, akan memberi inspirasi kepada pengunjung untuk menggunapakai idea mampan di kediaman mereka.
Berhampiran itu terdapat sebuah hotel komuniti Sherwood, yang dibina di atas tanah berkeluasan 1.2 hektar, menghadap Tasik Wakatipu. Ia berkonsepkan reka bentuk sederhana termasuk peti sejuk Kelvinator dan pinggan mangkuk enamel. Dalam wilayah Coromandel pula terdapat Manawa Ridge, sebuah penginapan eko peribadi yang mewah dan dibina sepenuhnya daripada kayu yang dikitar semula dan bahan cekap tenaga.

4. Kemunculan Bintang Istimewa
Sejak beberapa tahun yang lalu, New Zealand telah mula menyambut Tahun Baru masyarakat Māori, yang dikenali sebagai Matariki. Sambutan unik ini diraikan pada bulan Mei atau Jun, apabila gugusan bintang Pleiades – dikenali sebagai Matariki oleh masyarakat Māori – muncul di ufuk timur laut: untuk tahun 2019, Matariki bermula pada 10 Jun. Sertai salah satu dari pelbagai perayaan yang disambut di seluruh negara – dari pameran seni hingga perayaan bandar kecil, perarakan dan bengkel-bengkel. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Star Compass (Ātea a Rangi) di Taman Daerah Waitangi, Teluk Hawke, untuk mempelajari tentang bagaimana masyarakat Māori mula menggunakan bintang sebagai petunjuk arah.

5. Ragbi
Piala Dunia Ragbi hanya berlangsung setiap empat tahun, dan sudah tentu tempat terbaik untuk membuat persediaan bagi perlawanan pada tahun 2019 adalah di tanah kelahiran ragbi ini. Selain juara dunia All Blacks, New Zealand juga mempunyai tidak kurang dari tiga pasukan bertaraf Piala Dunia – pasukan kebangsaan wanita, Black Ferns, dan Pasukan Tujuh Lelaki dan Wanita. Alami budaya sukan bola negara itu dengan menyaksikan perlawanan Super Rugby, di mana pasukan serantau New Zealand menentang pasukan dari Afrika Selatan, Australia, Jepun dan Argentina.

6. Basikal Tandem
Sesuatu yang merupakan ciptaan pertama di dunia: basikal sejajar (tandem) sebelah-menyebelah yang direka khas – sama ada kayuh atau elektrik – dilengkapi dengan ronda pandu yang akan membantu perjalanan anda di sepanjang landasan kereta api yang tidak digunakan di sebelah pantai timur Kepulauan Utara. Dalam jelajah baru Pengembaraan Basikal Kereta Api selama dua hari, pacu sejauh 100km di atas landasan kereta api di antara Gisborne dan Wairoa, berserta penginapan semalaman yang indah di Mahia, sambil menikmati pemandangan laut yang mengagumkan dan persisiran pantai di sepanjang perjalanan (juga terdapat pilihan untuk satu hari dari Gisborne ke Mahia). Pengembaraan baru ini mendapat sambutan yang memberangsangkan pada lewat 2018

7. Seni & Alam
Terdapat dua sebab kukuh mengapa anda perlu kunjungi Muzium Te Papa Tongarewa New Zealand di Wellington. Pertama, galeri baru, Seni Toi, yang dibuka pada tahun 2018 menyediakan pameran oleh pengukir kontemporari, Michael Parekowhai. Ruangan baru yang begitu luas – bersamaan kira-kira 15 gelanggang tenis – telah dikenali sebagai “rumah baru seni New Zealand” oleh pengerusi Te Papa, Evan Williams. Sebab kedua ialah Tajao, sebuah zon alam semula jadi bernilai $11 juta yang akan dibuka pada awal tahun 2019. Ia akan mengumpulkan semua koleksi alam semula jadi muzium – dan pameran serta koleksi bertemakan alam sekitar di dalam satu ruangan yang mempesonakan. Siap sedia untuk kemunculan dan perkara yang luar biasa seperti kaki moa, haiwan yang pupus, yang diawet, kerangka ikan paus dan peluang untuk anda beradu kepintaran dengan seekor burung nuri, Kea.

8. Festival Makanan Kai
Jika pelancong memikirkan tentang masakan asli New Zealand, tentu yang terlintas di fikiran mereka adalah hāngi – makanan yang dimasak di dalam sebuah lubang api dengan batu panas. Tetapi sebuah revolusi di New Zealand telah membolehkan mereka cuba membuat masakan tulen dan mencipta semula rasa masakan asli di mana-mana sahaja, dari restoran ternama hingga trak makanan, serta festival makanan kai. Kunjungi Pacifica di Napier untuk mencuba menu makanan laut lima hidangan cef Jeremy Rameka, termasuk kina (landak laut) dan paua (abalon) atau lawati salah satu acara pop-up Monique Fiso, Hiakai, yang memberi tumpuan dalam mempamerkan teknik memasak serta bahan-bahan Māori. Di Festival Kawhia Kai yang berlangsung setiap Febuari di sebuah pelabuhan terpencil di Waikato, anda boleh menikmati hidangan seperti kaanga wai (tapai jagung) dan koki (hati ikan yu).

9. Hayunan Penuh
Kejohanan golf New Zealand Open menyambut ulang tahunnya yang ke-100 pada awal tahun 2019, dan akan diadakan di dua padang golf berhampiran: Queenstown – Millbrook Resort dan The Hills. Pemain-pemain golf profesional akan bertanding untuk merebut gelaran berprestij, sementara seramai 140 orang pemain amatur dan profesional juga akan bermain bersama dengan format Pro-Am yang unik. Dengan keluasan 200 hektar, padang Millbrook yang mempunyai 27 lubang itu direka oleh pemain golf ternama, Sir Bob Charles dan dikelilingi pergunungan bersalji. Padang milik persendirian Hills pula terletak di sebuah lembah glasier, yang mempamerkan koleksi arca kontemporari Sir Michael Hill.

10. Sukan Celaga
Auckland akan menjadi tuan rumah untuk 400 orang pelayar terbaik dunia pada lewat tahun 2019, sebagai sebahagian daripada kejohanan dunia 49er, 49erFX dan Nacra 17. Sebuah pembentukan ideal Piala Amerika, di mana Pasukan Emirates New Zealand akan mempertahankan Hauraki Gulf (Tikapa Moana) pada tahun 2021, kemungkinan besar acara ini akan digunakan oleh kebanyakan negara sebagai regata pemilihan bagi Olimpik pada tahun 2020. Anda boleh merasai pengalaman mengawal celaga sebuah kapal layar asli Piala Amerika di Pelabuhan Waitemata untuk pelayaran selama dua jam atau perlumbaan selama tiga jam.

11. Tapak Pelancaran Roket
Angkasawan pertama yang mendarat di Bulan pada tahun 1969 merupakan orang Amerika, tetapi 50 tahun kemudian New Zealand telah mencipta perkembangannya yang tersendiri dalam industri angkasa lepas. Rocket Lab milik seorang saintis dan jurutera dari New Zealand, Peter Beck, memiliki satu-satunya rangkaian pelancaran orbit persendirian di dunia, terletak di hujung Semenanjung Mahia, di sebuah Kawasan terpencil Pantai Timur. Rocket Lab merancang untuk merevolusikan kebolehan syarikat satelit bagi mencapai orbit dengan lebih kerap, melalui pelancaran roket yang lebih kecil dan murah. Sudah tentu ia masuk akal jika anda memikirkan tentang langit malam di New Zealand yang terindah di dunia serta rizab langit gelap terbesar di planet ini – Rizab Langit Antarabangsa Aoraki Mackenzie.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here